Kelas ICT (Komponen Komputer) & Advokasi (Penipuan Internet)

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT (Komponen Komputer) dan Advokasi (Penipuan Internet). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Penipuan Internet dan Komponen Komputer. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 8 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT 1 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Penipuan Internet. Peserta didedahkan betapa bahayanya Penipuan Internet masa kini. Sesi soal jawab diantara peserta bagi menilai sejauh mana pengetahuan mereka tentang Penipuan Internet amat memberansangkan. Rata-rata peserta peka dengan isu semasa ini.

Manakala dalam Kelas ICT, PI Rantau Panjang membawa peserta-peserta mengenali Komponen Komputer. Bermula dari sejarah komputer yang sebesar 1 dewan hinggalah saiz komputer masa kini. Peserta diterangkan juga apakah fungsi komponen komputer. Selain itu, peserta diajar bagaimana “save” gambar dari internet ke powerpoint.

Apa yang dilihat daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas ICT, peserta seronok dapat dapat mengetahui sejarah komputer dengan pelbagai soalan yang diajukan pada petang itu. Ditambahkan dengan aktiviti memindahkan gambar kompenon komputer ke powerpoint. Semoga dengan perkongsian petang ini dapat membantu mereka dalam menambah ilmu pengetahuan mereka.

# Tawaran yang nampak terlalu hebat, bekemungkinan suatu penipuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali